-->

Like button

Surat Kecil Untuk Tuhan

Assalamualaikum reader !
 Entry kali ne , aku mau cerita pasal filem yang berjaya buat aku nangis masa tengok filem ne di channel 142 , hari Ahad bersamaan 02 December 2012 . Judulnya Surat Kecil , filem ne merupakan filem yang di lakonkan semula . Kisah filem ne merupakan kisah benar , bila anda mebuka hati , mesti tersentuh dengan kisah filem ne .

Ne merupakan novel bagi kisah benar ne , dan cover novel ne adalah pelakon yang berlakon dalam filem surat kecil ne .


Kisah filem ne menceritakan seorang budak yang bernama Gita Sesa Wanda Cantika atau nama samarannya iaitu Keke . Semasa berumur 13 tahun , Keke disahkan mengidap kanser Rabdomiosarkoma yang merupakan kanser yang ganas dan susah untuk disembuhkan . Keke tidak tahu tentang penyakitnya sebab ayahnya merahsiakan penyakit tersebut . Ayahnya berusaha keras untuk mencari cara untuk menyembuhkan Keke tanpa harus menjalani pembedahan . Ayahnya tidak mahu Keke di bedah sebab dengan pembedahan tersebut , Keke akan kehilangan separuh daripada mukanya . Akhirnya , ayahnya terjumpa dengan seorang doktor yang mempunyai cara untuk menyembuhkan Keke , yaitu dengan kemoterapi . Keke sangat bertuah sebab mempunyai kawan yang setia , kawan-2nya sentiasa ada untuk Keke , beri nasihat dan turut menitiskan air mata melihat keadaan Keke .  Selepas menjalani kemoterapi , dengan kebesaran ALLAH . Keke sembuh dan kembali normal . Tetapi kesembuhan itu tidak lama , stelah matanya terkena kibasan kain , kanser tersebut menyerang Keke lagi .Dan kali ini , kanser tersebut tidak dapt dihapuskan lagi , ianya merebak dengan cepat . Rambut keke berguguran , kakinya kadang-2 lumpuh dan menyebabkan dia tak dapat ikut persembahan tarian dengan kawannya . Dalam keadaan yang parah macam tuu sekali punn , dia tetap mau menduduki peperiksaan di sekolah dan mendapat tempat pertama . Keke tahu hidupnya tidak akan lama , lalu dia menulis sepucuk surat kecil untuk tuhan . Semasa menduduki peperiksaan , hidung Keke berdarah . Lepas peperiksaan selesai , Keke terus pengsan dan dimasukkan ke hospital . Bila Keke terbangun , dia tengok semua orang di kelilingnya iaitu ayahnya , ibunya dan abang-2nya manakala  6 orang sahabatnya sedang berada di surau menunaikan solat . Kekasih Keke iaitu andy , tidak melawat sebab dia rasa dia laa penyebab penyakit Keke , sebab 1st diorang couple , Keke baru di serang penyakit . Bila diorang break , Keke sembuh . Tapi bila diorang couple balik , Keke di serang kanser tersebut kembali . Selepas memerhatikan orang disekelilingnya , dia seperti ingin memberitahu sesuatu tapi dia tidak dapat berkata apa-2 . Lalu ayahnya memberikan sehelai kertas dan sebatang pen , ayahnya menyuru dia untuk tulis apa yang ingin dia sampaikan . Dan Keke tulis " Keke mahu pergi " . ='(( , Itu laa endingnya .

Surat Kecil Untuk Tuhan
Tuhan…
Andai aku bisa kembali
Aku tidak ingin ada tangisan di dunia ini.
Tuhan…
Andai aku bisa kembali
Aku berharap tidak ada lagi hal yang sama terjadi padaku,
terjadi pada orang lain.
Tuhan…
Bolehkah aku menulis surat kecil untuk-Mu
Tuhan…
Bolehkah aku memohon satu hal kecil untuk-Mu
Tuhan…
Biarkanlah aku dapat melihat dengan mataku
Untuk memandang langit dan bulan setiap harinya..
Tuhan…
Izinkanlah rambutku kembali tumbuh, agar aku bisa menjadi wanita seutuhnya.
Tuhan…
Bolehkah aku tersenyum lebih lama lagi
Agar aku bisa memberikan kebahagiaan
kepada ayah dan sahabat-sahabatku

Tuhan…
Berikanlah aku kekuatan untuk menjadi dewasa
Agar aku bisa memberikan arti hidup
kepada siapapun yang mengenalku..
Tuhan ..
Surat kecil-ku ini
adalah surat terakhir dalam hidupku
Andai aku bisa kembali…
Ke dunia yang Kau berikan padaku..
Gita Sesa Wanda Cantika.
19/06/91-25/12/06

Bila tengok full cerita filem Surat Kecil ne , memang tersentuh hati . Berusaha nak tahan air mata , tapi air mata tetap terkeluar . Filem ne , ada kat YouTube . so , kalau berminat , try search laa .Saya nak try cari novel ne , kalau ada yang jumpa novel ne inform aku ehh . mau beli , =)

Sampai sini sajalah luahan saya tentang filem yang sangat menyentuh perasaan ne .
Assalamualaikum




No comments:

Post a Comment